Wednesday, 22 March 2017

Karnival Pendidikan Kerjaya TVET

Alhamdulillah pada 19 Mac 2017, Karnival Pendidikan Kejaya TVET telah berjaya dijalankan dengan jayanya bertempat di Dewan Masyarakat Tawau. Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Alumni Kolej Vokasional Tawau dengan kerjasama Majlis Guru Besar Tawau dan Kolej Vokasional Tawau. Unit Psikologi dan Kerjaya KVT serta setiap program di KVT menjalankan pameran sepanjang karnival ini berlangsung.




pameran pelajar automotif

booth unit psikologi dan kerjaya

pameran pelajar kosmetologi



pameran program seni reka fesyen


pameran program elektrik



pameran program teknologi sistem komputer

Program ini secara tidak langsung berjaya mempromosikan Kolej Vokasional Tawau kepada penduduk setempat am nya pelajar-pelajar sekolah. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Wednesday, 8 March 2017

Apa itu APEL???







APEL adalah Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL terbahagi kepada dua jenis iaitu APEL bagi Tujuan Akses [(APEL(A)] dan APEL bagi Tujuan Penganugerahan Kredit [APEL(C)] .

APEL(A) memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Secara umumnya, penilaian APEL(A) melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu. Sehingga kini penilaian APEL(A) telah dibuka untuk EMPAT tahap kemasukan iaitu:

1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).

APEL(C) pula adalah proses penilaian pembelajaran (tidak formal dan bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) terhadap hasil pembelajaran yang telah ditetapkan bagi sesuatu kursus dalam mana-mana program pengajian bagi tujuan menganugerahkan kredit. Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL(C) iaitu penilaian pembelajaran oleh seseorang individu dan bukannya penilaian pengalaman. Penilaian tersebut adalah ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran sesuatu kursus.



sumber : http://www2.mqa.gov.my/APEL/